Republikan kekal majoriti senat, Demokrat tawan kembali Dewan Perwakilan AS


Penyokong parti Republikan gembira dengan kemenangan calon mereka di Iowa. – Gambar AFP, 7 November, 2018.

PARTI Republikan Amerika Syarikat pada Selasa berjaya mengekalkan majoriti Senat dalam pilihan raya separa penggal 2018 negara itu, lapor agensi berita China Xinhua.

Bermula dengan 42 kerusi, parti Republikan diisytihar sebagai pemenang di sekurang-kurangnya lapan kerusi Senat, termasuk di negeri-negeri yang sebelum ini dianggap sengit iaitu Indiana, Tennessee dan Texas.

Dengan kemenangan itu, parti Republikan memegang kuasa untuk mengesahkan calon pegawai penting kerajaan termasuk hakim Mahkamah Agung dan anggota Kabinet.

Bagaimanapun, Xinhua melaporkan parti Demokrat berjaya menawan kembali Dewan Perwakilan AS pada pilihan raya itu. – Bernama, 7 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen