PENGUNDI warga Amerika Syarikat (AS) keluar beramai-ramai untuk mengundi sama ada terus memilih Donald Trump dalam pilihan raya pertengahan penggal itu, di mana pembangkang Demokrat berharap untuk merampas sekurang-kurangnya sebahagian kawalan dalam Kongres.
Dari New York ke California dan dari Missouri ke Georgia, barisan panjang bermula dari awal pagi di pusat mengundi di mana pengundi akhirnya dapat memberi keputusan mereka, susulan kempen yang hangat dan sering kali tegang.
Kawalan Kongres dalam pertaruhan, akan menentukan sama ada Trump akan terus bebas daripada perundangan diketuai Republican atau dipaksa bekerjasama dengan Demokrat di mana beliau menghabiskan masa berbulan-bulan menindas ekstrem berhaluan kiri yang dikatakan menimbulkan kekacauan di AS.
Semua 435 kerusi di Dewan Rakyat, 35 kerusi dalam 100 ahli Senat dan 36 jawatan gabenor kini menjadi rebutan.
Polis meramal Demokrat ada peluang baik untuk menang 23 kerusi yang mereka perlukan untuk berkuasa di Dewan, sementara Republican diramal mengekalkan Senat atau menaikkan sedikit majoriti nipis mereka 51-49. – AFP, 7 November, 2018.
Komen