2 bangunan runtuh di Marseille, 4 mayat ditemui


Anggota bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan mayat yang ditemui di bawah runtuhan 2 bangunan di Marseille, Perancis, malam tadi. – Gambar AFP, 7 November, 2018.

MAYAT seorang wanita ditemui di bawah runtuhan dua bangunan di Marseille, malam tadi menjadikan jumlah mangsa yang disahkan terkorban akibat kejadian itu kepada empat orang.

Pendakwa raya Xavier Tarabeux berkata mayat dua lelaki dan seorang lagi wanita ditemui pasukan penyelamat awal pagi semalam, di bawah runtuhan sedalam 15 meter di Rue d’Aubagne, iaitu laluan membeli-belah yang sempit.

Kedua-dua bangunan itu dilaporkan runtuh secara tiba-tiba pada pagi Isnin.

Sementara itu, pihak berkuasa Perancis memberi jaminan untuk memeriksa semua bangunan di Marseille yang didapati tidak sesuai untuk didiami susulan insiden itu, yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

Seramai lapan mangsa dikhuatiri maut, namun setakat ini, hanya empat mayat ditemui.

Tarabeux berkata lima penduduk dan tiga pelawat dipercayai berada di dalam kedua-dua bangunan itu ketika ia runtuh. – AFP, 7 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen