Bangunan runtuh di Perancis, 8 mangsa dikhuatiri maut


Anggota penyelamat masih berusaha mencari mangsa yang terperangkap dalam insiden runtuhan dua pangsapuri di Marseille, selatan Perancis. – Gambar AFP, 6 November, 2018.

SEKURANG-kurangnya lapan orang dikhuatiri terbunuh apabila dua bangunan runtuh di bandar Marseille, selatan Perancis.

Setakat ini, satu mayat telah dibawa keluar dari celahan runtuhan bangunan itu.

Anggota penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan dua blok pangsapuri itu yang runtuh awal pagi Isnin.

Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner berkata pihaknya mendapat maklumat bahawa antara lima hingga lapan orang hilang dalam kejadian itu.

“Perkara paling penting perlu dilakukan adalah menyelamatkan nyawa.

“Dalam operasi pembersihan pertama, kita menemukan petunjuk bahawa terdapat harapan menemukan mangsa yang masih hidup,” katanya.

Punca sebenar runtuhan masih disiasat. 

Mangsa pertama yang ditemukan merupakan seorang lelaki dan identitinya masih lagi belum dapat dipastikan. – AFP, 6 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen