Khairy jadi pembahas pertama debat Belanjawan 2019, kata Zahid


Chan Kok Leong

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan Khairy Jamaluddin sebagai pembahas pertama mendapat persetujuan semua ahli Parlimen Barisan Nasional. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 6 November, 2018.

BLOK pembangkang meletakkan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai pembahas pertama mengupas Belanjawan 2019 apabila perbahasan dimulakan di Dewan Rakyat minggu depan, kata Ahmad Zahid Hamidi.

“Secara tradisi ia dilakukan oleh ketua pembangkang tetapi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk Khairy melakukannya.

“Beliau juga memegang portfolio kewangan dalam jawatankuasa bayangan,” kata presiden Umno itu ketika di Rantau, Negeri Sembilan hari ini. 

Perdebatan belanjawan akan bermula Isnin depan.

Zahid berkata Khairy diamanahkan tugas itu selepas persetujuan ahli Parlimen BN yang lain.

Khamis lepas, Khairy mendedahkan belanjawan bayangan BN yang menggesa GST diperkenalkan semula dengan kadar lebih rendah, 3%.

Kadar GST sebelum ini adalah 6% sebelum kerajaan Pakatan Harapan memansuhkannya.

Dengan kadar lebih rendah itu, Khairy berkata hasil kutipan tidak banyak berbeza dengan kutipan SST tetapi akan menyelesaikan masalah cukai tidak dibayar. – 6 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen