DUA banduan yang menunggu hukuman mati, termasuk seorang pembunuh bersiri dipercayai membunuh diri pada minggu lalu.
Staf di penjara negeri San Quentin di California mendapati Andrew Urdiales, 54, tidak lagi bernyawa di bilik tahanannya pada Jumaat lalu dan gagal diselamatkan.
Kemudian pada Ahad, seorang lagi banduan Virendra Govin, 51, turut ditemukan meninggal dunia, kata pihak penjara menerusi satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua kematian itu dicatatkan sebagai kejadian bunuh diri dan insiden itu tidak mempunyai sebarang kematian.
Urdiales dijatuhi hukuman mati pada 5 Oktober lalu kerana terlibat dalam beberapa kes pembunuhan bermula 1986.
Pembunuhan itu dilakukan ketika dia bertugas di beberapa kemudahan tentera laut Amerika Syarikat di selatan California.
Govin dijatuhi hukuman mait pada 2004 atas kesalahan membunuh sebuah keluarga di Los Angeles dan membakar rumah mangsa. – AFP, 6 November, 2018.
Komen