SEORANG budak lelaki 11 tahun di Arizona, Amerika Syarikat (AS) menembak mati neneknya dan kemudian membunuh dirinya sendiri gara-gara marah disuruh mengemas biliknya sendiri.
Yvonne Woodard, 65, ditembak di belakang kepalanya semasa menonton televisyen di ruang tamu rumah bersama suaminya.
Pasangan itu mendapat hak penjagaan ke atas cucu mereka itu.
Suami mangsa memberitahu polis, cucu mereka itu enggan mengemas biliknya walaupun sudah dikerah berbuat demikian sepanjang hari.
Polis berkata senjata yang digunakan dalam kejadian milik si datuk. – AFP, 6 November, 2018.
Komen