DATUK Bandar Utah maut dalam satu insiden serangan di Afghanistan, demikian menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.
Major Brent Taylor, 39, yang bertugas dengan Pengawal Negara di Afghanistan terbunuh Sabtu lalu, lapor agensi berita Xinhua.
Taylor yang juga berkhidmat sebagai Datuk Bandar Ogden Utara, sebuah bandar di negeri Utaherk, meninggalkan seorang isteri dan tujuh anak.
Sejak tentera AS ditempatkan di Afghanistan pada 2001 seramai 2,400 anggota telah terbunuh. – Bernama, 5 November, 2018.
Komen