Iran dakwa Israel lancar serangan siber


IRAN hari ini menuduh Israel melancarkan sebuah serangan siber yang berjaya digagalkan ke atas sistem komunikasinya.

“Rejim yang rekodnya dalam penggunaan senjata siber jelas dalam kes seperti Stuxnet yang kali ini cuba merosakkan infrastruktur komunikasi Iran,” kata Menteri Penerangan Mohammad Javad Azari Jahromi menerusi akaun Twitternya.

Beliau merujuk kepada virus Stuxnet yang ditemui pada 2010 dan dipercayai dihasilkan oleh Israel dan Amerika Syarikat yang merosakkan kemudahan nuklear Iran.

“Terima kasih kepada kerja keras pasukan teknikal, mereka pulang dengan tangan kosong. Kami akan minta penjelasan tindakan ini menerusi forum antarabangsa,” kata Jahromi.

Timbalannya, Hamid Fattahi pula berkata pasukan teknikal berjaya mengagalkan pelbagai cubaan untuk memasuki sistem negara itu hari ini. – AFP, 5 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen