MOHAMED Azmin Ali jauh mendahului Rafizi Ramli selepas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR mengeluarkan keputusan penuh pemilihan dua hari di Sabah.
Keputusan pemilihan di semua 25 bahagian Sabah menyaksikan Azmin mendahului dengan 1,306 undi, dengan jumlah undi 9,936 berbanding pencabarnya untuk jawatan timbalan presiden, Rafizi yang meraih 8,630 undi.
Keputusan itu termasuklah pemilihan di Keningau yang keputusannya ditangguh susulan pengundi terpaksa dilakukan secara “offline” di kawasan pendalaman itu.
Keputusan Keningau menunjukkan Azmin menang di Keningau sebagai 381 undi berbanding Rafizi yang mendapat 203 undi.
Keningau menjadi tumpuan selepas kekecohan tercetus di pusat pengundian dan Rafizi didakwa dikasari. Beliau kemudian mendakwa JPP tidak berlaku adil apabila menjadikan pusat komuniti tanpa capaian internet baik sebagai pusat pengundian.
Secara keseluruhannya, selepas pengundian di Semenanjung dicampur dengan keputusan di Sabah, Azmin mendahului dengan majoriti 3,166 undi daripada jumlah undi keseluruhan diterimanya, 62,294 berbanding undi diterima Rafizi sebanyak 59,128.
29 bahagian PKR di Sarawak akan mengundi pada 10 November depan, negeri terakhir akan memilih kepimpinan PKR.
Azmin, penyandang jawatan timbalan presiden menang di 16 bahagian Sabah iaitu Tawau, Kalabakan, Libaran, Sandakan, Sepanggar and Beaufort, Kota Belud, Beluran, Putatan, Kudat, Papar, Silam, Ranau, Tenom, Kinabatangan dan Keningau.
Rafizi pula menang di Kota Marudu, Kota Kinabalu, Batu Sapi, Tuaran and Sipitang, Kimanis, Penampang, Semporna dan Pensiangan.
Selepas Sarawak mengundi pada 10 November, tujuh bahagian daripada tiga negeri akan melakukan pemulihan semula pada 11 November kerana masalah sistem e-voting yang dihadapi sebelum ini. – 5 November, 2018.
Komen