Kerajaan Tanzania kecam agenda banteras golongan gay


KERAJAAN Tanzania mengatakan bahawa rancangan untuk memburu dan menahan golongan homoseksual yang disyaki bukanlah dasar rasmi negara itu.

Pihak kerajaan menjarakkan diri dari kekerasan yang dilakukan di seluruh bandar yang dikecam oleh kumpulan hak asasi.

Gabenor berkuasa Dar es Salaam, Paul Makonda, mendesak rakyat pada Isnin lalu untuk melaporkan aktiviti pelacuran homoseksual di seluruh negara itu yang kini menyaksikan retorik anti-gay mulai melonjak sejak beberapa tahun lalu.

“Kerajaan Republik Tanzania ingin menjelaskan bahawa ia adalah pandangan peribadi (Makonda) dan bukan pendirian kerajaan,” kata kementerian urusan luar negeri itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Ia menambah bahawa kerajaan akan “menghormati semua konvensyen hak asasi manusia antarabangsa yang ditanda tangan olehnya”.

Sekutu Kristian dan setia kepada Presiden John Magufuli, Makonda mengatakan tingkah laku homoseksual “merosakkan nilai moral rakyat Tanzanian dan dua agama Kristian dan Islam”.

Kenyataannya itu mendapat kritikan termasuk daripada Amnesty International dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Di bawah undang-undang era kolonial British, homoseksual diharamkan di Tanzania dan perbuatan seks sama jantina di antara lelaki boleh dihukum dengan hukuman penjara seumur hidup. – AFP, 5 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen