10 militan Taliban dibunuh di Afghanistan


SEKURANG-kurangnya 10 anggota kumpulan militan yang setia kepada Taliban terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam satu operasi tentera kerajaan di wilayah Zabul di selatan Afghanistan, kata seorang pegawai pada Isnin.

Pasukan tentera kebangsaan telah melancarkan satu operasi sejak 24 jam lepas di daerah Arghandab dalam wilayah itu, kata jurucakap Kor Tentera Atal 205, Ahmad Sadeq Isakhil.

Menurut agensi berita China Xinhua, jurucakap itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada terdapat kehilangan nyawa atau kecederaan di pihak tentera kerajaan atau orang awam. – Bernama, 5 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen