MENTERI Pertahanan Israel Avigdor Lieberman mengalu-alukan sekatan AS yang berkuatkuasa hari ini mensasarkan sektor minyak dan kewangan Iran.
Beliau menyifatkan tindakan AS itu sebagai “tamparan penting” terhadap tindak-tanduk Tehran di rantau ini.
“Keputusan berani Presiden (Donald) Trump adalah perubahan besar yang ditunggu Timur Tengah,” kata Lieberman dalam satu kenyataan.
“Dengan satu langkah, Amerika Syarikat memberikan tamparan hebat terhadap penindasan Iran di Syria, Lubnan, Gaza, Iraq dan Yemen. Presiden Trump, anda melakukannya sekali lagi! Terima kasih. “
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada hari Sabtu juga mengucapkan terima kasih kepada Trump atas sekatan terhadap musuh utama negaranya.
Langkah-langkah yang diambil Washington yang disifatkan sebagai “sekatan yang paling sukar” ekoran keputusan kontroversi Trump pada Mei lalu untuk tidak mempedulikan perjanjian nuklear pelbagai negara dengan Tehran.
Mereka menyasarkan untuk mengurangkan eksport minyak Iran yang jumlahnya kini semakin jatuh sekitar satu juta tong sehari sejak Mei, dan mengeluarkan Iran daripada kewangan antarabangsa. – AFP, 5 November, 2018.
Komen