Australia temui bintang purba alam semesta


Terletak di bahagian sama dengan galaksi Bima Sakti seperti sistem suria kita, bintang itu dipercayai berusia sehingga 13.5 bilion tahun dan ini dibuktikan oleh kandungan logamnya yang amat rendah, atau metallicity. – Gambar EPA, 5 November, 2018.

SEPASUKAN ahli astronomi di Australia telah menemui apa yang disifatkan sebagai antara bintang tertua di alam semesta, dan hampir keseluruhannya terdiri daripada bahan yang terbentuk akibat Letupan Besar, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu penyelidikan yang didedahkan pada Isnin.

Terletak di bahagian sama dengan galaksi Bima Sakti seperti sistem suria kita, bintang itu dipercayai berusia sehingga 13.5 bilion tahun dan ini dibuktikan oleh kandungan logamnya yang amat rendah, atau metallicity.

Menurut penyelidik bersama, Dr Andrew Casey, sebelum ini dipercayai bahawa bintang pertama yang terbentuk di alam semesta tidak mungkin wujud lagi hari ini.

“Penemuan ini penting kerana buat pertama kalinya, kita boleh menunjukkan bukti langsung bahawa jisim bintang yang amat tua masih wujud dan mampu bertahan sehingga hari ini tanpa memusnahkan diri sendiri,” kata Casey.

Metallicity bintang meningkat ketika ia terbentuk atau mati, dalam satu kitaran yang menyaksikan penghasilan lebih banyak logam berat, dengan matahari Bumi dianggarkan berusia 100,000 generasi di bawah garisan ini dan memiliki kandungan logam secara kasarnya adalah bersamaan 14 planet Musytari.

Bintang yang terbentuk pada permulaan alam semesta, bagaimanapun, akan terdiri sepenuhnya daripada elemen seperti hidrogen, helium dan sedikit lithium - yang bermaksud metallicity terlampau rendah pada bintang yang baharu ditemui, kira-kira seusia dengan planet Utarid, mencadangkan bahawa ia hanya berbeza satu generasi dari permulaan alam semesta.

Sehingga sekitar tahun 1990, para saintis percaya bahawa hanya bintang besar yang terbentuk pada peringkat awal alam semesta dan tidak sempat diperhati kerana ia membakar bahan apinya dengan cepat sebelum mati.

Bagaimanapun, maklumat baharu telah menunjukkan bahawa bintang berjisim rendah boleh bertahan sehingga 13 bilion tahun sejak Letupan Besar, sebagai contoh bintang Kerdil Merah yang memiliki sebahagian kecil jisim matahari, dipercayai berusia bertrilion-trilion tahun. – Bernama, 5 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen