Krisis Sri Lanka kurangkan pelancong, kacau ekonomi


Pantai-pantai Sri Lanka adalah tarikan utama pelancong merancang percutian di negara itu, menyediakan pelbagai perkhidmatan dan percutian mewah. – Gambar AFP, 5 November, 2018.

KRISIS perlembagaan dan politik di Sri Lanka, menyaksikan dua perdana menteri bertembung, menyebabkan pelancong bimbang dan menimbulkan persoalan mengenai bantuan asing.

Ia juga menyaksikan kemerosotan ekonomi negara pulau itu apabila mata wangnya mencatat harga rendah.

Kemelut di negara Lautan Hindi yang menyaksikan seorang perdana menteri yang enggan dipecat, dan cuba membuktikan majoriti dalam parlimen yang digantung persidangan, telah menyebabkan pergolakan besar yang sebetulnya tidak mampu dihadapi rakyat Sri Lanka.

Di tengah-tengah amaran ahli politik yang mengatakan “mandi darah” akan terjadi jika pertikaian berlarutan, ramai pelancong membatalkan tempahan hotel di pantai Sri Lanka dan tapak-tapak utama seperti Temple of the Tooth yang berada di puncak musimnya.

Walaupun tiada angka rasmi diumumkan, hotel-hotel mewah  melaporkan pembatalan dan penurunan tempahan yang kritikal dalam tempoh 10 hari yang lalu.

“(Krisis) ini tercetus pada masa yang paling buruk ketika pelancong Eropah merancang percutian mereka di luar negara,” kata seorang eksekutif hotel kota Colombo kepada AFP. “Kami telah banyak menerima pembatalan tempahan dari Amerika Syarikat.”

“Dengan krisis politik begini musim sejuk kami tak ada apa-apa,” kata pengarah sebuah resort pantai mewah di selatan pulau itu. – AFP, 5 November, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen