RIBUAN penduduk di daerah pantai barat Sabah hilang tempat tinggal selepas rumah mereka dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh, pokok tumbang dan serta kacau bilau di beberapa bandar dan kampung.
Kejadian banjir terbaru ini mengorbankan seorang wanita apabila kenderaannya dihanyutkan air pada Ahad lalu.
Beberapa kawasan di Tuaran, Papar, Kota Kinabalu, Telipok dan Menggatal ditenggelami air, yang menjejaskan kira-kira 300,000 penduduk.
Ia juga memerangkap pelajar sekolah di Kimanis, Papar, danmemaksa 21 orang daripada enam keluarga dipindahkan ke tempat perlindungan sementara di Bongawan, Papar, lewat semalam
Penampang dan Kota Kinabalu mengaktifkan bilik pengurusan bencana susulan ramalan ribut petir berlangsung sehingga Khamis.
Banjir kilat mula berlaku Jumaat lepas minggu lalu, dan mula memburuk pada hujung minggu apabila hujan lebat berterusan sehingga Isnin.
Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Asemi Daud berkata 86.8mm hujan dicatatkan di Kota Kinabalu, lebih tinggi daripada purata 24mm yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Seramai 22 murid SK Darau di Inanam terperangkap selepas jalan menuju ke sekolah itu dibanjiri banjir, menjadikannya sukar diakses oleh kenderaan kecil.
Jabatan Pertahanan Awam menyelamatkan kanak-kanak terperangkap di SK Kitobu di Inanam selepas banjir tiba-tiba naik di premis itu.
Ahli Parlimen Penampang Darrel Leiking menggesa agar kerajaan negeri memberikan penyelesaian jangka panjang kepada masalah banjir di kawasannya.
“Banyak sistem perparitan di sekitar (Kapayan) dibina pada awal 1990-an dan tidak lagi dapat menampung hujan lebat.
“Ini diburukkan lagi dengan pembangunan besar-besaran, yang menjejaskan kolam atau paya, seperti di Bundusan.
“Sekiranya ketua menteri dan menteri terus mendiamkan isu ini, rakyat akan terus menanggung kerugian berjuta-juta ringgit.”
Pada 2015, kerajaan negeri mengumumkan RM281 juta Pelan Tebatan Penampang, tetapi ahli politik pembangkang berkata hanya sedikit perubahan berlaku. – 15 Ogos, 2017.
Komen