KEMATIAN akibat kanser kulit dalam kalangan lelaki meningkat di negara-negara kaya sejak 1985, manakala kadar kematian dalam kalangan wanita agak perlahan bahkan menuyusut, kata penyelidik pada persidangan perubatan di Glasgow pada Ahad.
Tidak jelas mengapa terdapat perbezaan ini namun berdasarkan bukti, kaum lelaki “kurang kisah diri mereka terdedah di bawah cahaya matahari” atau tidak ambil peduli kepada amaran kesihatan awam, kata Dorothy Yang, ketua penyelidik dan doktor di Royal Free London NHS Foundation Trust di London.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, lebih daripada 90% kanser melanoma disebabkan oleh kerosakan sel kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari atau sumber lain radiasi ultraviolet (UV) seperti rawatan menggelapkan kulit.
Menerusi kajian ke atas 18 negara, kadar kematian akibat kanser dalam kalangan lelaki meningkat 50% dalam tempoh tiga dekad. Ireland dan Crioatia naik dua kali ganda.
Turut mencatat kenaikan mendadak ialah Sepanyol dan Britain (70%), Belanda (60%) serta Belanda dan Belgium (50%).
Di Amerika Syarikat, yang tidak termasuk dalam kajian, kematian akibat kanser melanoma dalam kalangan lelaki naik sebanyak 25%, kata CDC. – AFP, 5 November, 2018.
Komen