Seorang maut, pesawat bertembung di Kanada


JURUTERBANG sebuah pesawat penumpang maut selepas bertembung dengan satu lagi pesawat awal pagi ini dan terhempas di padang berhampiran ibu kota Ottawa, Kanada, kata pihak berkuasa.

Polis berkata punca kejadian kemalangan di Carp, Ontario kira-kira 30km di barat Ottawa itu masih tidak diketahui.

Juruterbang pesawat Cessna itu yang terbang bersendirian maut di tempat kejadian.

Pesawat kedua, Piper PA-42 kembali ke lapangan terbang antarabangsa Ottawa di mana ia mendarat dengan selamat, kata jurucakap pengangkutan Kanada, dan menambah kemalangan itu sedang disiasat.

CBC melaporkan juruterbang Piper memberitahu menara kawalan bahawa Cessna itu melanggarnya dari bawah dan merosakkan gear mendaratnya. Pihak berkuasa kecemasan berkata juruterbang dan seorang penumpangnya tidak cedera. – AFP, 5 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen