PUSAT Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa bumi sederhana, berukuran 5.9 magnitud menggegarkan Hokkaido di utara Jepun awal pagi tadi.
Setakat ini tiada laporan kerosakan dan kematian diterima dalam kejadian itu.
Pusat gempa dilaporkan terletak 107km di timur laut Shibetsu dan pada kedalaman 8km.
Pada September lalu, gempa bumi berukuran 6.6 magnitud yang melanda Hokkaido menyebabkan 40 maut. – AFP, 5 November, 2018.
Komen