Cukai Keuntungan Harta Tanah boleh kurangkan penawaran hartanah, kata penganalisis


Asila Jalil

Penganalisis hartanah, Faizul Ridzuan berkata penjualan hartanah akan menyaksikan penurunan kerana pemilik tidak mahu dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 November, 2018.

CUKAI Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 boleh mengurangkan penawaran hartanah pada tahun depan.

Menurut belanjawan itu, cukai tersebut akan dinaikkan kepada 5% berbanding 0% ketika ini untuk rakyat Malaysia, dan dari 5% kepada 10% untuk warga asing.

Penganalisis hartanah, Faizul Ridzuan berkata penjualan hartanah akan menyaksikan penurunan kerana pemilik tidak mahu dikenakan CKHT.

“Mereka mungkin mahu tunggu beberapa tahun lagi, atau apabila belanjawan baru yang mesra pelabur dibentangkan,” beliau memberitahu The Malaysian Insight.

Meskipun ia “dasar yang bagus”, namun akan memberi kesan terhadap penawaran hartanah di seluruh negara, katanya. 

“Ini bermakna penawaran unit jualan boleh boleh berkurang, kerana kalau mereka jual sekarang, ada ‘penalti’,” kata pengasas  FAR Capital Sdn Bhd itu.

Ahli Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Mustapha Kamal Zulkarnain berkata CKHT “pasti” akan menjejaskan penjualan hartanah tempatan.

Cukai itu sepatutnya dikenakan ke atas warga asing dan pada kadar 15% katanya. – 3 November, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen