PUTRAJAYA menipu graduan dengan mengumumkan gaji mereka akan dipotong untuk membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tahun depan, kata Najib Razak.
Bekas perdana menteri itu berkata ramai belia menghampiri beliau untuk menyatakan kekecewaan kerana mengundi Pakatan Harapan dalam pilihan raya 9 Mei lalu.
“Mereka (Pemuda) mengundi PH kerana mereka fikir mereka tidak perlu membayar pinjaman sehingga gaji mereka mencapai RM4,000 tetapi kini gaji mereka akan dipotong.
“Mereka berkata bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM 1,000 tidak perlu membayar. Siapa graduan yang hanya ada pendapatan sebanyak itu?
“Malah warga Bangladesh potong tumput pun boleh dapat lebih daripada RM1,000,” katanya ketika berucap kepada orang ramai di PWTC hari ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata bayaran balik pinjaman PTPTN mengikut potongan gaji berjadual antara 2% -15% daripada pendapatan bulanan peminjam, tetapi hanya untuk mereka yang berpendapatan RM1,000 ke aras setiap bulan. Ia dirangka bermula tahun depan.
Pengecualian cukai bagi syarikat-syarikat yang membantu pekerjanya membayar hutang PTPTN juga diumumkan bagi mereka yang berbuat demikian pada tahun 2019.

Najib berkata pada masa pentadbiran beliau, kerajaan memberi pelbagai diskaun kepada mereka yang mengambil pinjaman itu dan tidak mampu membayarnya semula.
“Sekiranya mereka tidak mampu bayar RM300, kami akan bayar RM100 atau RM50.
“Tetapi sekarang golongan belia telah mendapatnya (dengan pengumuman dalam bajet baru).”
Najib berkata mengenai isu petrol bahawa PH berjanji harga petrol akan turun namun ternyata harganya akan terapung.
“Mereka kata bahawa 1.5 cc dan ke bawah akan menikmati faedah tetapi bagaimana dengan tuntutan semula mereka.
“Namun, mereka tetap mahu menyalahkan segala-galanya kepada saya (apabila mereka gagal mengurangkan harga petrol).”. – 3 November, 2018.
Komen