Sabah mahu lihat perincian peruntukan RM5 bilion dulu


Jason Santos

Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal juga berharap peruntukan itu dapat digunakan untuk membina jalan raya, menyediakan kemudahan air bersih dan bekalan elektrik serta meningkatkan kemudahan kesihatan di negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2018.

KETUA Menteri Shafie Apdal mahu tunggu dan lihat dahulu sebelum memberi pendapat mengenai peruntukan RM5 bilion kepada Sabah yang diumumkan melalui Belanjawan 2019 hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan belanjawan hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.009 bilion untuk Sabah tahun depan, berbanding RM4.13 bilion yang diperuntukkan tahun ini.

Bagaimanapun, Shafie berkata kerajaan negeri mahu melihat perincian mengenai peruntukan itu terlebih dahulu.

“Setakat ini kita cuma tahu mengenai peruntukan tersebut, tapi tidak untuk apa,” katanya sambil menambah beliau tidak menjangkakan jumlah besar itu.

“Memang Sabah perlukan peruntukan yang lebih, tetapi kita faham kerajaan Persekutuan mempunyai hutang negara.

“Saya harap Putrajaya akan beri lebih perhatian kepada keselamatan, pendidikan dan kesihatan di Sabah,” kata Shafie.

Beliau juga berharap peruntukan itu dapat digunakan untuk membina jalan raya, menyediakan kemudahan air bersih dan bekalan elektrik serta meningkatkan kemudahan kesihatan di negeri itu.

“Bukan hanya kualiti ubat-ubatan tetapi juga hospital dan doktor,” ujar beliau. – 2 November, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen