Walau berdepan cabaran global, Malaysia sasar pertumbuhan KDNK 4.9%


Chan Kok Leong

Kerajaan baharu menjangkakan perbelanjaan sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, mengurangkan kesan daripada perbelanjaan awam yang rendah pada 2018 dan 2019, menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 2 November, 2018.

MALAYSIA meletakkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.9% bagi 2019 walau berdepan cabaran ekonomi global dan pemotongan belanjawan.

“Kerajaan baharu menjangkakan perbelanjaan sektor swasta kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan, mengurangkan kesan daripada perbelanjaan awam yang rendah pada 2018 dan 2019,” menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarkan hari ini.

“Pertumbuhan pekerjaan dan gaji yang stabil, memperkemas keadaan kewangan dan kestabilan inflasi akan mendorong penggunaan swasta yang mencakupi 55% daripada KDNK.”

Perbelajaaan awam yang rendah disebabkan oleh keputusan kerajaan untuk menagngguhkan atau membatalkan projek-projek mega seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), MRT3 dan LRT3.

“Kos LRT3 dikurangkan sebanyak 47% daripada RM31.7 bilion kepada RM16.6 bilion manakala tiga lagi projek ditangguhkan.”

Bagi pelaburan swasta, kerajaan menjangkakan perbelanjaan modal akan dimasukkan ke dalam sektor perkhidmatan dan perkilangan.

Dari segi penawaran pula, pertumbuhan dijangka didorong oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan, manakala sektor pertanian dan perlombongan dijangka pulih tahun depan.

Perkhidmatan

Pada separuh pertama 2018, perkhidmatan meningkat sebanyak 6.5%, diterajui oleh perdagangan borong dan runcit, kewangan, maklumat dan komunikasi serta makanan dan minuman.

Dengan 55% daripada KDNK, sektor perkhidmatan dijangka berkembang sebanyak 6.3% dan 5.9% pada 2018 dan 2019.

Subseksyen borong dan runcit dijangka masing-masing kukuh pada 7% dan 6.3% pada 2018 dan 2019.

Pertumbuhan ini disokong oleh perniagaan e-dagang yang lebih tinggi daripada 3,800 perusahaan kecil sederhana yang menyertai platform  Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) setakat September.

Subsektor lain dijangka kekal berdaya tahan pada 2019 ialah kewangan dan insurans (5.5%), maklumat dan komunikasi (8%), perkhidmatan perniagaan (6.6%) serta makanan dan minuman (6.9%). – 2 November, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen