SEMUA jabatan, ketua polis daerah dan negeri diarahkan untuk meningkatkan pemantauan pegawai kanan dan kakitangan fail selepas beberapa orang anggota police baru-baru ini ditangkap kerana pelbagai kesalahan termasuk memberi maklumat kepada kongsi gelap, kata sumber polis.
Polis turut diarahkan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membanteras anggota yang mencemar nama baik pasukan.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight arahan itu datang daripada Timbalan Ketua Polis Negara Noor Rashid Ibrahim yang memaklumkan anggotanya integriti dan kepimpinan dalam kalangan anggota polis semakin menurun selepas beberapa kes jenayah baru-baru ini membabitkan anggota polis.
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard turut diarahkan untuk mengambil langkah drastik dan tegas terhadap pegawai yang ingkar.
Difahamkan salah satu kes yang dirujuk Noor Rashid adalah kehilangan RM7.9 juta milik pelabur ketika serbuan dibuat oleh Jabatan Narotik Kuala Lumpur di kondominium di Jalan U-Thant, di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun semalam berkata tujuh anggota dan pegawai yang didakwa terlibat digantung tugas.
“Timbalan KPN turut menyebut tentang kekurangan integriti dalam kalangan pegawai polis kerana siasatan mendedahkan maklumat dalaman disalurkan kepada pihak luar,” menurut sumber.
Difahamkan ketua pasukan polis itu turut mempersoalkan gaya hidup beberapa pegawainya yang dilihat melangkaui pendapatan mereka.
“Terdapat beberapa pegawai yang mampu memiliki motosikal berkuasa tinggi dan kereta mewah. Noor Rashid juga mahu pemantauan berhubung perkara ini dibuat,” kata sumber.
Noor Rashid turut mengarahkan pegawai kanannya untuk mengenal pasti mereka yang “tidak dapat disentuh” dalam pasukan polis dan melaporkan nama mereka terus kepada ketua-ketua jabatan sebelum dikemukakan kepadanya untuk tindakan selanjutnya.
Sumber itu juga menambah, pasukan polis turut diingatkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang akan ditubuhkan tidak lama lagi akan menyaksikan pegawai ingkar ditahan.
IPCMC merupakan badan pemantau polis yang pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menambah baik pasukan polis pada 205, berikutan kematian tahanan.
Salah satu daripada 125 syor oleh RCI adalah penubuhan IPCMC, yang akan menjadi badan bebas dan mampu menyiasat salah laku polis, dan mengambil tindakan yang perlu.
Penubuhan IPCMC juga merupakan salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke 14. – 2 November, 2018
Komen