Azmin ditekan populariti Rafizi di Sabah 


Jason Santos

Sumber berkata, pendirian Azmin sebagai menteri hal ehwal ekonomi terhadap isu royalti minyak Sabah dan Sarawak memberi kesan kepada persaingannya dengan Rafizi bagi merebut jawatan timbalan presiden parti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 November, 2018

CALON timbalan presiden PKR Azmin Ali akan berdepan detik sukar untuk kekal mendahului pencabarnya Rafizi Ramli apabila pemilihan diadakan di Sabah hujung minggu ini. 

“Saya boleh katakan Azmin tidak keberatan untuk menerima kekalahan tipis 1,000-1,500 undi untuk menyaingi Rafizi Ramli,” menurut sumber dari kem Azmin. 

Sumber itu mengakui ia berpunca daripada pendirian Azmin sebagai menteri hal ehwal ekonomi berhubung pembayaran royati minyak kepada Sabah dan Sarawak. 

“Sabah, termasuk Sarawak tidak akan bersabar kerana Azmin bersetuju dengan perdana menteri yang bayaran royati harus diperoleh daripada keuntungan kasar Petronas, bukan output,” kata sumber itu.

“Isu seperti Perjanjian Malaysia dan hak negeri adalah sangat sensitif.”

Bagaimanapun katanya, Azmin kekal optimis kerana sentimen pengundi di Sabah sukar dijangka. 

“Azmin setakat ini mempunyai hubungan baik dengan ahli di seluruh Sabah, tetapi berapa banyak yang akan diterjemahkan ke dalam bentuk undi, belu dapat dipastikan,” katanya. 

PKR Sabah mempunyai jumlah keseluruhan 143,639 ahli di semua 25 cabang, yang kedua terbesar di negara ini selepas Selangor dengan 220,000, atau sekitar 17% dari jumlah keseluruhan ahli di seluruh negara. 

Sumber parti dari Tawau mengatalan Azmin boleh menang sekurang-kurangnya 12 daripada 25 cabang di Sabah. 

Rafizi pula mempunyai peluang di lebih 14 cabang, menurut sumber. 

Ranau, Tawau, Batu Sapi, Kinabatangan, Kalabakan, Libaran, Beluran dan Sandakan akan memihak kepada Azmin, kata sumber itu. 

Namun Rafizi akan menawan Kota Marudu, Pensiangan, Beaufort, Semporna, Keningau, Kota Kinabalu, Tenom, Kota Belud, Tuaran, Sipitang, Penampang dan Putatan.

“Jadi 12 cabang untuk Rafizi dan lapan untuk Azmin. Bagi yag 50:50 adalah Silam, Sepanggar, Kudat, Papar dan Kimanis,” kata sumber itu.

Beberapa sumber dari kem Rafizi juga meramalkan bekas ahli Parlimen Pandan itu akan menawan antara 65% dan 70% undi di Sabah. 

Ini merupakan margin besar kepadanya untuk memenangi jawatan timbalan presiden PKR, yang mana Azmin hanya mendahului dengan 1,450 undi pada pemilihan terbaru.

Seorang pemerhati berpendapat jika Rafizi memperoleh kemenangan besar di Sabah, hampir mustahil Azmin menuntut kemenangan, walaupun dia menang di Sarawak.

“Kecenderungan sekarang adalah dengan Rafizi, walaupun Azmin akan menang di negeri ini akan menjadi margin yang sangat tipis dan dia masih boleh kalah di Sarawak kemudian,” katanya.

“Masalahnya dengan Rafizi pada ketika ini ada cakap-cakap bahawa kepimpinan Warisan tidak menyokong jika dia memenangi jawatan timbalan presiden.

“Ini sebahagian besarnya berpunca daripada kecenderungan Rafizi sebagai pemberi maklumat dan bukan jenis diplomatik untuk menyelesaikan isu-isu,” kata pemerhati itu, sambil menambah bahawa kekuatan kem Rafizi adalah disebabkan oleh sokongan ramai anggota belia di Sabah. – 2 November, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen