MENTERI Komunikasi dan Multimedi Gobind Singh Deo berkata tiada pendakwaan perlu dilakukan di bawah Akta Hasutan.
Beliau mengulas kenyataan Johari Abdul yang menggesa pihak polis untuk menyiasat A. Kadir Jasin di bawah akta itu kerana menyiarkan penulisan berbaur penghinaan terhadap Sultan Kedah Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.
“Saya telah memberi maklum balas berhubung perkara itu. Pendirian kami adalah jelas bahawa tidak pendakwaan di bawah Akta Hasutan memandangkan kita akan memansuhkannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata keputusan itu diputuskan oleh Kabinet dan pendiriannya.
“Itulah keputusan yang diambil oleh Kabinet. Saya telah tweet tentangnya.
“Saya fikir ada laporan mengenainya dan keputusan saya kekal,” kata Gobind.
Pada 10 Oktober, Kabinet bersetuju untuk mengenakan moratorium Akta Hasutan 1948.
Terdahulu hari ini, Johari berkata beliau kecewa dengan posting Kadir, yang merupakan ahli Majlis Tertinggi Bersatu.
“Saya menyeru polis menyiasat Kadir di bawah Akta Hasutan kerana tulisannya menyebarkan bahawa Sultan Sallehuddin adalah seseorang yang mengambil kesempatan daripada kedudukannya untuk menjalankan perniagaan,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini. – 1 November, 2018.
Komen