Kami disuruh tanggung salah guru tidak masuk kelas, kata pelajar


Jason Santos

Bekas pelajar sebuah sekolah di Kota Belud memfailkan saman terhadap bekas gurunya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 November, 2018.

PELAJAR perempuan berusia 18 tahun yang menyaman guru bahasa Inggerisnya berkata, beliau dan rakan sekelasnya diarahkan untuk menandatangani kertas testimoni bagi menanggung kesalahan guru yang tidak masuk kelas selama tujuh bulan.

Dalam jawapan e-mel kepada soalan The Malaysian Insight mengenai kesnya, Siti Nafirah Siman berkata Suid Hanapi, pengetua SMK Taun Gusi, Kota Belud, adalah individu yang mengarahkan para pelajar menandatangani dokumen itu.

Beliau berkata Suid mengarahkan mereka menandatangani kertas berkenaan pada Ogos 2015, tujuh bulan selepas guru bahasa Inggeris, Jainal Jamran, tidak hadir.

“Tetapi adakah ia penting? Cikgu itu tidak pernah masuk kelas mengajar kami sepanjang tahun.

“Kecuali kami tandatangani kertas yang menyebelahi Jainal, guru bahasa Inggeris yang ditugaskan, dan mendakwa ia salah kami kerana beliau tidak hadir selama tujuh bulan, Suid berkata beliau tidak akan memberikan kami guru ganti,” katanya dalam e-mel yang dihantar melalui peguamnya.

Siti berkata beliau dan rakan sekelasnya enggan menandatangani surat tersebut.

Jainal adalah defendan pertama, manakala Suid dinamakan sebagai defendan kedua dalam samannya.

Defendan lain termasuk pegawai pendidikan daerah Kota Belud, pengarah pendidikan negeri, ketua pengarah Jabatan Pendidikan, Kementerian Pendidikan, dan pemerintah persekutuan.

Walaupun aduan mengenai perkara guru tidak hadir dibuat kepada Jabatan Pendidikan, Siti berkata tiada seorang pun pegawai kanan dihantar ke sekolah pada Ogos 2015 yang bersedia mendengar cerita pelajar.

“Sebaliknya, mereka enggan berjumpa kami (para pelajar). Hanya pengetua sekolah yang datang pada Oktober dan memberitahu kami untuk menandatangani kertas testimoni,” katanya, merujuk kepada Suid.

Dalam saman itu, Siti ingin perisytiharan yang defendan melanggar tugas berkanun mereka di bawah Akta Pendidikan dengan gagal memastikan beliau diajar subjek dalam tempoh tidak hadir, dan ini melanggar Perlembagaannya untuk mendapatkan hak kepada pendidikan.

Beliau juga mahukan perisytiharan terdapat pelanggaran tugas dan salah laku di tempat kerja. – 1 November, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen