Maria Chin menang kes saman fitnah terhadap Jamal Yunos


Bede Hong

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Zaki Wahab membuat keputusan memihak kepada Maria Chin Abdullah dengan berkata kenyataan ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu yang mengaitkannya dengan kumpulan militan Islamic State (IS) adalah fitnah dan menjejaskan reputasi bekas pengerusi Bersih itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Oktober, 2018.

AHLI Parlimen Petaling Jaya dan bekas pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah hari ini memang saman fitnah terhadap pemimpin Baju Merah Jamal Yunos.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Zaki Wahab membuat keputusan memihak kepada Maria dengan berkata kenyataan ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu yang mengaitkannya dengan kumpulan militan Islamic State (IS) adalah fitnah dan menjejaskan reputasi bekas pengerusi Bersih itu.

Mahkamah juga mengarahkan Jamal membayar RM300,000 kepada Maria dan kos RM40,000 dengan faedah sebanayak 8% bermula tarikh pemfailan iaitu 7 Oktober 2016.

“Ini merupakan kemenangan kepada Bersih dan rakyat, juga diri saya,” kata Maria ketika dihubungi hari ini.

“Kami dituduh macam-macam dan diganggu secara berterusan dengan gangsterisme.

“Keputusan mahkamah hari ini menunjukkan seseorang tidak boleh mengada-adakan cerita dan mengatakannya tanpa sebab serta keganasan tidak diterima dalam masyarakat kita.”

Dalam penghakimannya, Zaki berkata Jamal gagal membuktikan memberikan fakta dan membuktikan fakta-fakta untuk menyokong tuduhannya.

Maria memfailkan saman terhadap Jamal kerana mengaitkan Bersih dengan IS pada sidang akhbar di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia PUtra (PWTC), Kuala Lumpur pada 28 Spetember 2016.

Jamal mengulangi kata-katanya itu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebulan kemudian.

Tujuh saksi telah dipanggil sepanjang perbicaraan, termasuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Ketua Umum PKR anwar Ibrahim, aktivis Hishamuddin Rais dan Ahli Parlimen Pasir Gudang (PKR) Hassan Karim. – 31 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen