Perbicaraan kes Najib dipindahkan ke Mahkamah Tinggi


Bede Hong

Najib Razak semasa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Beliau berdepan empat pertuduhan rasuah di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan 21 tuduhan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 AMLA. – Gambar fail The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 31 Oktober, 2018.

PERBICARAAN kes bekas perdana menteri Najib Razak berhubung 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah dipindahkan dari Mahkamah Sesyen kepada Mahkamah Tinggi.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan pemindahan kes atas permintaan daripada peguam pembela Najib, yang berpendapat ia adalah “usaha untuk menyegerakan proses perundangan”.

Peguam Najib memfailkan rayuan untuk pemindahan kes itu selepas mendakwa hakim di Mahkamah Sesyen akan lebih “terdedah kepada prasangka”.

Najib berdepan 38 pertuduhan jenayah berhubung skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk empat pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla).

Ketua pendakwa Sulaiman Abdullah juga memohon menukar tempat perbicaraan dari kompleks mahkamah Kuala Lumpur ke Istana Kehakiman di Putrajaya.

Pasukan peguam Najib menentang permintaan tersebut, mengatakan mahkamah Kuala Lumpur mempunyai ruang mencukupi untuk menjalankan perbicaraan itu.
Hakim Besar Malaya Zaharah Ibrahim akan mengeluarkan keputusan berhubung permintaan perubahan tempat pada tarikh yang tidak ditentukan.

Peguam Najib, Harvinder Singh memberitahu mahkamah terlebih dahulu yang kes itu mempunyai ius yang harus diadili di Mahkamah Tinggi.
Pihak pendakwaan tidak menentang pemindahan dengan alasan bagi menyegerakan proses perundangan.

“Jika tidak, beberapa kes akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan ada Mahkamah Tinggi,” kata pendakwa raya khas Gopal Sri Ram.

Pengurusan kes ditetapkan hingga 29 November, dengan kedua-dua pihak memfailkan penyerahan dua hari sebelumnya.

Mahkamah akan memutuskan pada 29 November sama ada untuk menerima permohonan kenyataan saksi yang disoal oleh SPRM sejak 2015.

Najib duduk di kandang tertuduh, mengenakan sut berwarna biru manakala isterinya Rosmah Mansor duduk di tempat awam, berselendang hijau dan berbaju kurung. Keduanya kelihatan tenang.

Majlis Peguam bertindak sebagai pemerhati. – 31 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen