LANGSUNG: Saksi terakhir beri keterangan siasatan kehilangan aktivis


Noel Achariam

Suhakam menjalankan siasatan awam berhubung kehilangan Amri, Pastor Raymond Koh, Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Hilmy.– Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Oktober, 2018

SIASATAN awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung kehilangan aktivis Perlis Amri Che Mat dijangka tamat hari ini dengan saksi terakhir dipanggil untuk beri keterangan.

Saiful Afdzan Seinei, yang merupakan saksi penculikan Amri akan memberi keterangannya hari ini.

Saiful yang merupakan pemilik restoran Mak Lang di Kangar Perlis, yang teretak di hadapan lokasi penculikan Amri didakwa berlaku pada malam 24 November, 2016 disepina oleh Suhakam untuk hadir pada siasatan itu pada tahun lalu, namun gagal berbuat demikian, dan menyatakan perniagaannya akan mengalami kerugian jika beliau ke Kuala Lumpur.

Bulan lalu, pemerhati polis memberitahu siasatan, mereka menghubungi Saiful dan beliau bersetuju untuk hadir.

Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai, Aishah Bidin dan Dr Nik Salida Nik Saleh yang merupakan barisan panel bagi siasatan itu.  – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Oktober, 2018

Pada Ogos lalu, polis mengeluarkan waran tangkap terhadap saksi itu selepas wakil daripada Jabatan Peguam Negara memberitahu siasatan bahawa Saiful sepatutnya hadir pada pendengaran mahkamah di Jalan Duta, namun beliau gagal berbuat demikian.

Sebaik sahaja keterangan saksi terakhir diambil, peguam Amri juga dijangka akan menyediakan penyerahan yang akan didengar oleh panel yang dipengerusikan Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai.

Amri didakwa disiasat kerana menyebaran ajaran Syiah sebelum diculik oleh sekumpulan individu menaiki kenderaan pacuan empat roda yang dilihat mengepung kenderaanya di Kg Padang Behor.

Suhakam menjalankan siasatan awam berhubung kehilangan Amri, Pastor Raymond Koh, Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth, bagi menentukan sama ada ia adalah kes kehilangan paksa yag dijalankan oleh negeri. 

The Malaysian Insight membawakan secara langsung siasatan itu: 

4.40pm: Mah kemudian berkata memandangkan masa kian suntuk, maka panel memutuskan untuk menutup kes Amri.

Beliau juga memberitahu para peguam dan pemerhati supaya menyediakan penghujahan mereka sebelum 15 Januari depan.

Jika terdapat kaveat bahawa terdapat bukti baharu, ia boleh dikemukakan terhadap kes Amri, kata Mah.

4.25pm: Panel seterusnya memanggil pegawai Suhakam, Faiz ke kandang saksi.

Faiz merupakan salah seorang pegawia yang mengambil keterangan Saiful di Perlis.

Mah bertanya kepada Faiz apa yang dikatakan oleh Saiful ketika keterangannya diambil.

Faiz menjawab Saiful memberitahu mereka yang kejadian berlaku antara 11 dan 12 tengah malam.

Katanyam Saiful memberitahu turut mendengar bunyi kaca pecah dan ketika itu beliau berada di dalam restoran bersama sepupunya.

Dalam keterangannya itu juga, Saiful memberitahu kesemua lelaki itu memakai baju berwarna hitam dan kejadian tersebut berlaku dalam tempoh kurang satu minit.

4.15pm: Mah bertanya dakah di dalam rakaman video Saiful menyebut kejadian berlaku pada waktu malam.

Sheryll kata Saiful tidak menyebut di dalam video tetapi memberitahu Moy kemudian semasa ditemubual.

Munusamy bertanya kepada Sheryll sama ada mereka ada bercakap mengenai tahap penglihatan dan pencahayaan bengkel kereta di mana kejadian yang didakwa berlaku pada waktu malam itu.

Sheryll memberitahu panel Saiful memberitahunya yang cahaya lampu dibengkel itu cukup cerah untuk melihat kenderaan-kenderaan tersebut.

Mah kemudian bertanya adakah sesiapa yang pergi ke tempat kejadian pada waktu malam.

Seterusnya Sheryll menunjukkan gambar bengkel itu pada waktu malam.

4.05pm: Mah bertanya bagaimana mereka dapat tahu mengenai Saiful.

Sheryll berkata rakan kepada keluarga Amri memperkenalkan Saiful dengan peguam.

Panel kemudian menonton rakaman video yang berdurasi selama 4 minit 30 saat.

DAlam video tersebut, peguam keluarga Amri, Joy Moy, menyoal Saiful bilakah kejadian itu berlaku dan di manakah beliau ketika itu.

Kata Saiful, beliau mendengar bunyi brek kereta berciut dan terus keluar dari restorannya. Beliau nampak kereta Amri dihadang oleh tiga kenderaan lain.

Kemudian Moy bertanya apa yang berlaku seterusnya dan Saiful menjawab beliau nampaka Amri keluar dari keretanya lalu cuba melarikan diri. Tiga lelaki dalam kenderaan yang menghadang itu juga bertindak keluar.

Salah seorang daripada mereka berjaya menangkap Amri dan menyumbat Amri ke dalam kereta dan terus meniggalkan tempat kejadian, kata Saiful.

3.35pm: Panel kemudian memanggil Sheryll untuk berdiri di tempat saksi.

Mah bertanya kepada Sheryll mengapa beliau merekodkan video itu.

Shreyll berkata beliau mencari fakta dengan peguam keluarga Amri untuk bercakap mengenai kes itu.

Shreyll berkata beliau merakamkannya untuk rekod peribadinya.

Mah bertanya siapa lagi yang mempunyai salinan video dan Sheryll berkata hanya peguam dan Suhakam memilikinya.

3.25pm: Mah berkata panel itu berasa Saiful menghina terhadap seluruh sistem dengan tidak muncul.

Beliau berkata perkara paling penting adalah maklum mengenai tarikh pendengaran.

Mah berkata, beliau berharap polis mengambil tindakan tegas terhadap Saiful jika tidak integriti panel itu akan terjejas.

Beliau berkata panel itu akan berpindah ke Plan B untuk menonton video pada 4 November 2017 yang diambil oleh Sheryll semasa wawancara dengan Saiful mengenai dakwaan penculikan di Jalan Kampung Behor, Kamgar.

3.15pm: Pegawai Suhakam berkata mereka cuba menghubungi Saiful pada 16, 19 dan 20 Mac tetapi tiada jawapan kerana beliau sepatutnya menghadiri perbicaraan pada 20 Mac.

Pegawai Suhakam berkata Saiful diberi tiga kali notis untuk hadir dan membuat laporan polis pada 22 Mac.

Mah bertanya bilakah kali pertama notis dikeluarkan.

Pegawai itu berkata beliau menghantar notis pertama pada 13 Oktober 2017.

Mah mengatakan selain Saiful sudah dihubungi beberapa kali, beliau turut menyedari semua tarikh pendengaran.

Pegawai Munusamy dan Suhakam bersetuju Saiful maklumkan mengenainya.

2.55pm: Munusamy berkata Khor pergi ke Langkawi pada 29 Oktober untuk memberikannya notis tetapi tidak dapat mencarinya.

Pesuruhjaya Mah bertanya kepada pegawai Suhakam berapa kali mereka cuba menghubunginya.

Pegawai berkata mereka menghantar notis melalui surat berdaftar pada 6 Mac.

Mereka juga mengatakan pada 9 Mac menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp berhubung notis itu.

Pegawai itu berkata pada 13 Mac beliau menjawab dan berkata jika datang beliau perlu menutup kedainya dan menanggung kerugian sebanyak RM4,000.

Pegawai itu juga berkata beliau meminta kos perjalanan dan penginapan dan Suhakam bersetuju membayarnya.

2.40pm: Pemerhati polis memberitahu panel Suhakam saksi mata penting Saiful Afdzan Seinei gagal muncul pada inkuiri Amri Che Mat.

Pemerhati polis R Munusamy mengatakan mereka pada 7 Oktober, Inspektor dari Perlis, Khor menghubungi beliau dan berkata bersedia untuk datang.

Munusamay berkata lagi pada 27 Oktober, Khor menelefonnya dan sekali lagi dia berkata akan hadir.

Beliau kemudian berkata Khor cuba dihubungi pada 29 dan 30 Oktober, tetapi tidak berjaya. – 31 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen