Keselamatan Timur Sabah ditingkatkan selepas laporan kemungkinan penculikan


Jason Santos

Esscom telah menggerakkan aset ke lokasi pos pengawal yang ditetapkan dan meningkatkan rondaan di Esszone.– Gambar EPA, 31 Oktober, 2018

KAWASAN Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) hari ini meningkatkan pengawasan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah berikutan laporan 10 anggota militan Abu Sayaff bersenjata merancang aktiviti penculikan.

Agensi keselamatan itu hari ini mengumumkan pihaknya menerima pengesahan daripada risikan selepas satu artikel yang mendakwa rancangan penculikan disiarkan di sebuah portal “Marine Link”.

Menurut amaran itu, kumpulan terbabit mensasarkan ahli perniagaan atau ahli kru kapal asing dan mereka menggunakan bot berwarna biru putih yang tiada tanda pengenalan.

“Esscom telah menggerakkan aset ke lokasi pos pengawal yang ditetapkan dan meningkatkan rondaan di sepanjang perairan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone),” kata Esscom dalam satu kenyataan hari ini.

“Kami juga memohon masyarakat di sekitar zon keselamatan untuk menyalurkan maklumat mengenai sebarang pergerakan yang meragukan berhampiran kawasan mereka.”

Ramai masyarakay di Sabah yang tinggal di kawasan Esszone di tanah besar dan 361 pulau berdekatan Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Tawau dan perairan Semporna.

Esszone meliputi kawasan seluas 31,158 km persegi dan 1,733 km pantai atau 42% daripada saiz Sabah.

Perintah berkurung dari malam hingga siang masih berkuatkuasa pada masa ini.

Pada September lalu, lelaki bertopeng bersenjata M16, didakwa berkaitan dengan Abu Sayyaf yang berpangkalan di pulau Mindanao selatan Filipina, melarikan dua lelaki Indonesia dari sebuah kapal penangkapan ikan, yang menjadikan ia peristiwa pertama berlaku di Sabah sejak hampir dua tahun lalu.

Antara Mac 2016 dan April 2017 serangan ke atas kapal dagang bagi menculik anak kapal untuk tebusan di selatan Filipina, yang dikatakan sebahagian besarnya oleh Abu Sayaaf, menyaksikan 59 pelaut yang diculik dari 13 kapal di rantau ini, menurut laporan.– 31 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen