Peruntukan RM170 juta tangani masalah bekalan air tidak terhasil di Sabah


Jason Santos

SEBANYAK RM170 juta akan diperuntukkan untuk menangani isu bekalan air tidak terhasil (NRW) di Sabah bagi tempoh setahun, kata Dr Xavier Jayakumar hari ini.

Menteri air, tanah dan sumber asli itu berkata kadar NRW Sabah adalah 52%, antara paras tertinggi di negara ini, dan meletakkan sasaran untuk mengurangkannya sehingga 20%.

“Kos untuk menyelesaikan isu ini amat tinggi. Jaid, kita akan melakukannya secara berterusan sehingga berkurangan pada 20%. Ini mungkin mengambil masa.

“Saya telah mengumumkan peruntukan RM170 juta untuk tujuan itu, bagi mengurangkan kadar NRW di Sabah antara lima hingga enam tahun.

“Kita mesti mendidik orang ramai untuk berjimat menggunakan air,” katanya pada sidang media selepas bertemu Ketua Menteri Shafie Apdal.

Jayakumar yang dalam lawatan kerja ke Sabah, semalam mengumumkan peruntukan RM478 juta untuk projek empangan bagi menangani masalah banjir di Tawau.

“Kira-kira RM50 juta telah dibelanjakan untuk tujuan bayaran pampasan kepada pemilik tanah dan sebagainya. Bayaran itu telah diselesaikan oleh Jabatan Tanah dan Ukur.

“Tender kerja-kerja pembinaan empangan akan dibuka tidak lama lagi. Saya percaya projek itu boleh dimulakan pada Jun tahun depan.

Ribuan penduduk Sabah tidak mempunyai akses terhadap air terawat dan masih ramai bergantung kepada air perigi dan air tadahan.

Terdahulu, Jayakumar berkata semua projek yang diluluskan kementerian di bawah kerajaan Barisan Nasional telah dibatalkan termasuk pembinaan empangan Tawau.

Katanya, sebanyak 95% tender diberikan menerusi tender terhad dan rundingan terus.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen