Undang-undang kawal pembiayaan politik bakal digubal


Chan Kok Leong

Perdana Menteri secara dasarnya telah bersetuju untuk mengadakan undang-undang ini dan Pejabat Peguam Negara ditugaskan untuk merangkanya, kata Hanipa Maidin. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2018.

PAKATAN Harapan berhasrat untuk menggubal undang-undang bagi mengawal pembiayaan politik sebelum pilihan raya akan datang, kata Hanipa Maidin.

“Perdana Menteri secara dasarnya telah bersetuju untuk mengadakan undang-undang ini dan Pejabat Peguam Negara ditugaskan untuk merangkanya,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Hanipa yang merupakan timbalan menteri hal ehwal undang-undang, enggan menyatakan tarikh akhir bilakah undang-undang tersebut akan digubal.

“Ada 100 undang-undang yang kita mahu pinda dan perlu diberi keutamaan,” ujarnya.

Hanipa berkata kerajaan sedang mengkaji sistem parlimen Jerman yang mana parti politik di negara itu mendapat pembiayaan dari kerajaan.

Terdahulu pada sebuah forum hari ini, timbalan menteri itu berkata keutamaan Putrajaya sekarang ini ialah “menyelamatkan negara terlebih dahulu”, apabila ditanya mengapa kerajaan masih belum membuat perubahan terhadap undang-undang berhubung pembiayaan politik. – 30 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini.      


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen