PEMERHATI pilihan raya Bersih 2.0 mendapat barisan pimpinan baharu, yang mana aktivis Thomas Fann sebagai pengerusi baharunya.
Fann yang juga pengerusi kumpulan bertindak ENGAGE dan ahli CAGED berkata beliau ajan meneruskan dasar Bersih dengan melibatkan kerajaan walaupun Putrajaya kini di bawah pentadbiran pro pembaharuan baru.
“Kami sangat menyedari bahawa Jawatankuasa Pemandu ini adalah pasca PRU14.
“Bagaimanapun, Bersih tetap Bersih. Komitmen kami masih lagi untuk memperkukuhkan institusi demokrasi dan menjadi pemerhati untuk pilihan raya bersih dan adil,” katanya ketika mengumumkan ahli jawatankuasa pemandu bagi penggal 2018-2020 di Petaling Jaya hari ini.
Fann berkata Bersih memainkan peranan penting dalam sejarah negara sejak 10 tahun lalu.
Perhimpuan Bersih sejak bertahun lalu menyumbang kepada kesedaran awam mengenai keperluan untuk pembaharuan isntitusi dan politik. Pada 9 Mei, rakyat Malaysia mengundi untuk menumbangkan Barisan Nasional yang sudah mentadbir negara sejak enam dekad dan memilih kerajaan Pakatan Harapan.
Ahli jawatankuasa pemandu yang lain termasuk setiausaha agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Faizal Aziz, yang merupakan timbalan pengerusi Bersih.
Dua naib pengerusi, Ann Teo dan Beverly Joeman, masing-masing akan mewakili Sarawak dan Sabah.
Ngeow Chow Ying merupakan bendahari baharu dan ahli jawatankuasanya adalah Ng Geok Chee dan Alexzander Johnson. – 30 Oktober, 2018
Komen