Lebih ramai pemimpin pembangkang akan sertai Warisan, kata Padua


Jason Santos

Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua (kiri) menerima borang keahlian daripada Rozman Asli pada 11 Oktober lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Oktober, 2018.

PARTI Warisan Sabah (Warisan) hari ini memberi bayangan bahawa lebih ramai ahli Parlimen pembangkang akan menyertai parti itu memandangkan bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) cuba bersatu semula di bawah pakatan baharu Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua berkata perkara ini telah dibincangkan dengan seorang pemimpin dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyatakan hasrat untuk menyertai Warisan.

“Setakat ini, saya telah bertemu beliau yang kelihatan positif (untuk menyertai Warisan),” katanya kepada The Malaysian Insight.

Difahamkan, beberapa pemimpin pembangkang turut hadir pada majlis pelancaran GBS baru-baru ini di Kota Kinabalu.

Berdasarkan mesyuarat majlis pada 5 Ogos lalu, Warisan mengalu-alukan mana-mana pemimpin pembangkang untuk menyertai parti itu dengan syarat mereka tidak boleh meminta kedudukan dalam parti bagi tempoh dua tahun sebagai ahli.

Padua bagaimanapun berkata parti tidak membantah ahli baharunya yang memegang jawatan atas pelantikan kerajaan negeri.

Padua dan Bendahari Warisan Terrence Siambun kini dalam siri jelajah ke seluruh negeri untuk mempromosikan keahlian parti.

Timbalan presiden parti Darell Leiking turut berkata bahawa lebih ramai pemimpin pembangkang akan menyertai Warisan dan menyifatkan amalan lama BN iaitu pecah dan perintah tidak wujud lagi di Sabah.

“Mereka yang menyertai kita mengetahui bahawa parti (BN) cuba menggunakan isu perkauman dan agama untuk memecahbelahkan rakyat Sabah.

“Walaupun serangan demi serangan dilakukan berhubung isu ini, Warisan bertambah kuat dan rakyat meneydari bahawa dasar yang berasaskan perkauman dan agama tidak lagi relevan di Sabah,” katanya.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen