Bina lot parkir bukan kondominium, kata penduduk Setiawangsa


Asila Jalil

Penduduk Setiawangsa bertemu Ahli Parlimen mereka, Nik Nazmi Nik Ahmad menyuarakan bantahan pembinaan kondominium baharu di kawasan itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 26 Oktober, 2018.

PENDUDUK di Setiawangsa yang menentang pembangunan kondominium mewah di kawasan mereka mencadangkan pembinaan kawasan parkir dan taman awam.

Pada pertemuan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini, penduduk Desa Putra Condominium membangkitkan masalah kesesakan trafik di kawasan itu untuk pengguna LRT.

Timbalan Pengerusi Desa Putra Faudzain Ghazali berkata masalah kepadatan penduduk di situ akan memuncak sebaik sahaja pembangunan kondominium 46 tingkat mengandungi 382 unit itu bermula.

“Jika kita mahu menggalakkan penggunaan LRT, mengapa tidak disediakan kawasan parkir yang bersesuaian untuk mengatasi masalah parkir haram,” katanya.

Tambahnya, ketika ini hanya terdapat 15 petak parkir di LRT Sri Rampai dan kereta diparkir secara haram memenuhi jalan sekitar kondomium mereka.

Penduduk menggesa pembangunan lot parkir lapan tingkat dengan taman awam di atas tapak yang sepatutnya dibina kondominium baharu itu.

Mereka sebelum itu turut meminta laporan penilaian kesan daripada pemaju tetapi permohonan itu sebelum ini ditolak DBKL. – 26 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini.

 




 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen