BEKAS perdana menteri Najib Razak dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan negara Irwan Serigar Abdullah akan didakwa kerana pecah amanah esok, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) turut didakwa atas tuduhan pecah amanah esok di mahkamah bersingan.
Ketiga-tiga individu terbabit akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 7.30 pagi.
“Najib dan Irwan akan didakwa bersama,” kata SPRM.
“Bagi Hasanah, beliau akan didakwa dengan pecah amanah tetapi kesnya akan didengar di hadapan hakim di kamar berasingan.”
Najib dan Irwan dipanggil oleh agensi anti rasuah untuk ke ibu pejabatnya tengah hari tadi.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight, kedua-duanya akan didakwa bersama esok kerana mengubah berbilion ringgit dari program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan yang disatukan untuk menutup lubang kewangan teruk yang ditinggalkan oleh hutang 1MDB.
Irwan tiba di ibu pejabat SPRM dua jam selepas Najib tiba pada pukul 1.55 petang.
Kedua-dua mereka terus memasuki ibu pejabat SPRM tanpa bercakap kepada pemberita.
Pada pukul 5 petang, Najib dilihat meninggalkan bangunan berkenaan.
Sumber memberitahu The Malaysian Insight, Irwan ditahan dan akan bermalam di ibu pejabat SPRM sebelum dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur esok.
Najib dilaporkan berdepan enam pertuduhan esok, menjadikan jumlah keseluruhan pendakwaan terhadapnya 38.
Beliau sebelum ini didakwa dengan 32 pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa.
Sementara itu, Hasanah ditahan berhubung dakwaan penyelewengan AS$12 juta (RM49.91 juta), yang didakwa dibawa masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum Pilihan Raya Umum ke 14.
Beliau dan lapan pagi pegawai risikan ditahan reman beberapa hari selepas agensi anti rasuah itu merampas wang tunai sebanyak AS$6.3 juta di beberapa lokasi. Rampasan terbesar adalah AS$4.07 juta, yang ditemui di sebuah kondominum di Putrajaya.– 24 Oktober, 2018
Komen