PEMUDA Umno Kota Kinabalu meminta syarikat pengeluar kereta nasional Proton membina kilang di Sabah sebagai sebahagian daripada pelan selepas menjadi sebahagian daripada syarikat China, Geely.
Ketuanya Mohd Bahrin Abdul Karim berkata Sabah boleh menjadi lokasi strategik untuk membina kilangnya di luar Semenanjung Malaysia.
“Sabah berada di tengah-tengah antara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina yang merupakan kawasan pertumbuhan Asean Timur (BIMP-Eaga) dengan populasi melebihi 60 juta orang,” katanya ketika pembukaan mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Kota Kinabalu.
Mesyuarat itu dirasmikan Timbalan Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani. Turut hadir Ketua Umno Kota Kinabalu Faisyal Diego dan timbalannya Seruji Nawawi.
Syarikat pengeluar kenderaan China, Kumpulan Zheijang Geely Holding memperoleh 49.9 % saham dalam syarikat Malaysia pada Mei lalu.
Bahrin berkata pelabuhan Sepanggar dalam perubahan secara besar-besaran untuk menjadi hab perkapalan dan pelabuhan kelas dunia dalam masa 10 tahun, dengan kaitan langsung pasaran BIMP-Eaga seperti Brunei dan Kalimantan.
Katanya masaya tepat untuk pengeluar kenderaan mengambil peluang ke dalam pasaran, dan menambah pelabuhan Sepanggar juga dijangka akan menjadi tumpuan kapal dagang antarabangsa kerana teretak di tengah-tengah laluan perkapalan timur dan barat.
“Proton satu-satunya pengeluar kereta di Asean yang mempunyai kapasiti untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunannya sendiri, begitu juga dengan kemudahan pengeluaran. Sabah mahu menjadi sebahagian daripada perkembangan itu dan tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada industri permotoran.”
Bahrin berkata langkah itu bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah, tetai juga mengurangan kadar pengangguran di negeri itu. – 12 Ogos, 2017.
Komen