SULTAHAN Terengganu dijangka akan memfailkan saman minggu ini terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown kerana mendakwa baginda berkomplot dengan ahli perniagaan Low Taek Jho dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Saman tersebut juga akan menamakan Gerakbudaya, yang merupakan penerbit buku Rewcastle-Brown’s book ‘The Sarawak Report: The Inside Story of 1MDB Exposé’, dan pencetaknya Vinlin Press sebagai defendan.
Peguam yang mewakili Sultanah Nur Zahirah berhasrat memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Notis tuntutan diserahkan kepada ketiga-tiga pihak berkenaan, menyatakan tarikh akhir pada jam 5 petang hari ini untuk pihak berkenaan membuat permohonan maaf. Tarikh akhir itu dilanjutkan dari awal bulan ini.
Bagaimanapun peguam baginda, Mohd Haaziq Pillay Abdullah berkata, baginda menerima “tawaran penyelesaian yang tidak munasabah” daripada pihak terbabit.
“Peguam menulis surat kepada kami bertanya apa yang kami mahukan, termasuk kos kerosakan. Tetapi mereka enggan (untuk selesaikan). Mereka tidak bersedia untuk memohon maaf sebagaimana yang kita minta. Mereka masih berpegang kepada apa yang Clare katakan sebelum ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.
“Nampaknya perkara itu perlu membuat litigasi di mahkamah.”
Saman itu memfokuskan kepada satu perenggan pada halaman tiga buku Rewcastle-Brown, yang diterbitkan pada 8 September, yang mendakwa Sultanah terbabit dalam kosnpirasi dengan Low dan pentadbiran Barisan Nasional dalam skandal 1MDB.
Sultanah menafikan bertemu dengan Low atau menyokongnya mendapatkan peranan penasihat dalam Terengganu Investment Authority (TIA), yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai 1MDB. Baginda turut menafikan campur tangan dalam hal ehwal kerajaan atau terlibat dengan TIA atau 1MDB.
Sultanah mahu mendapatkan ganti rugi kerosakan RM100 juta daripada setiap pihak melainkan mereka masing-masing mengeluarkan permintaan maaf bertulis, penarikan balik awam yang tegas dan akujanji untuk tidak mengulangi kenyataan itu.
Rewcastle-Brown berkata pada laman web itu bulan lalu beliau memohon maaf kepada Sultanah kerana “telah kecewa dengan salah tafsiran makna”.
Beliau berkata, beliau tidak mencadangkan Sultanah terlibat “dalam konspirasi” dengan Low, atau lebih dikenali sebagai Jho Low, atau Sultanah mempunyai hubungan
“Kita perhatikan bahawa hubungan antara Jho Low dan keluarga diraja Terengganu sebenarnya jauh lebih dekat dengan kakak sultan, yang mana Jho berhubung secara langsung atas dasar perniagaan, dan suaminya,” kata Rewcastle-Brown.
Sultanah telah menolak kenyataan itu sebagai tidak meminta maaf yang mencukupi.
Haaziq berkata bulan lalu bahawa Sultanah “sangat tertekan” dan “kecewa” ketika berdepan isu itu kemudian istana mengarahkan pengawas kerajaan istana untuk membuat laporan polis pada 14 September.
“Ini adalah kenyataan berniat jahat yang tidak disahkan,” kata Haaziq. – 23 Oktober, 2018
Komen