2 lagi mayat ditemui di tanah runtuh Paya Terubong


Looi Sue-Chern

Anggota penyelamat menemui dua lagi mayat mangsa insiden tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang hari ini. – Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat, 21 Oktober, 2018.

ANGGOTA penyelamat di kawasan tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang menemui dua lagi mayat hari ini.

Mayat ditemui pada 12.13pm dan 12.18pm, kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Moktar.

Penemuan itu menjadikan jumlah kematian setakat ini enam orang. Dua mayat ditemui pada Jumaat selepas insiden tanah runtuh itu berlaku. Dua lagi mayat ditemui semalam.

Mungkin ada tiga lagi individu yang masih hilang dalam bencana itu. – 21 Oktober, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen