Seorang lagi dilapor hilang, operasi mencari 3 mangsa diteruskan


Looi Sue-Chern

Jabatan Bomba dan Penyelamat masih menjalankan operasi mencari mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Pulau Pinang semalam. – Gambar ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, 20 Oktober, 2018.

SEORANG lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di Paya Terubong, Pulau Pinang, kata Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Mokhtar.

Katanya, susulan dibuat saudara mangsa yang melaporkan kehilangannya sejak kejadian itu.

Laporan terbaru yang diterima hari ini menjadikan tiga orang masih hilang dalam insiden itu, katanya.

Dua mayat sudah ditemui dari tapak tanah runtuh semalam. Dua lagi ditemui pagi ini. Tiga yang lain selamat dengan kecederaan.

Pencarian mangsa bermula petang semalam dan dihentikan kerana cuaca hujan selama beberapa jam pagi ini.

Hujan masih turun di tapak projek ini.

Semalam, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata hujan baru-baru ini di Pulau Pinang mungkin menyebabkan kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan lebuh raya Paya Terubong di Jalan Paya Terubong.

Tanah runtuh itu turut menyebabkan beberapa kontena terhumban ke cerun bukit, menyebabkan beberapa pekerja yang berapa di dalamnya. – 20 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen