Ahli Parlimen Sabah puji laporan separuh penggal RMK11


Jason Santos

Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal antara pimpinan Sabah yang memuji Dr Mahathir kerana mengemukakan inisiatif inklusif. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Oktober, 2018.

DUA Ahli Parlimen Sabah memuji beberapa inisiatif utama dalam laporan separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11, dengan Putrajaya mensasarkan pembangunan yang lebih seimbang dan menyediakan program kemahiran untuk Sabah dan Sarawak, serta menyelesaikan isu tanah asli negeri.

Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau juga menyambut baik tawaran Putrajaya untuk mengenal pasti dan menangani masalah yang menjejaskan pembangunan serantau di Sabah dan Sarawak.

Ia termasuklah isu dengan elektrik, air, serta logistik dan pengangkutan.

Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad turut menyatakan hasratnya untuk kemakmuran bersama untuk semua rakyat Malaysia ketika pembentangan laporan tersebut hari ini, 

“Tidak ada orang yang merasa terpinggir dari pembangunan arus perdana.

“Pembangunan juga tidak boleh diabaikan di beberapa negeri atau rantau tertentu,” katanya.

Dr Mahathir, dalam membentangkan laporan separuh penggal RMK-11 tengah hari ini, meminta lebih banyak penekanan ditumpukan bagi meningkatkan tadbir urus yang baik dan mengukuhkan institusi, di samping mempromosi pembangunan yang seimbang dan inklusif.

Inisiatif utama yang dibentangkan di bawah kajian itu bertujuan untuk memastikan Malaysia akan bangkit semula sebagai kuasa besar serantau, katanya.

Shafie berkata di bawah kajian itu, projek pembangunan di Sabah dan Sarawak juga akan dipercepat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang sihat bagi kedua-dua negeri. – 18 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen