Kajian RMK11: Jurang ekonomi antara negeri semakin melebar


Chan Kok Leong

Jurang antara negeri di Malaysia semakin melebar walaupun KDNK negara meningkat. – Gambar fail AFP, 18 Oktober, 2018.

JURANG ketidaksamaan ekonomi antara negeri-negeri di Malaysia semakin melebar walaupun pendapatan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat secara keseluruhannya bagi tempoh dua tahun lalu.

Berdasarkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur (KL), Sarawak dan Johor terus menjadi penyumbang utama pertumbuhan ekonomi dengan jumlah 57.5% KDNK negara.

Selain itu KL, Labuan, Sabah, Melaka, Selangor, Johor dan Pulau Pinang mencatatkan kadar KDNK tertinggi berbanding kadar purata 5.1% disebabkan aktiviti perkhidmatan, pengeluaran dan pembinaan.

Bagaimanapun perbezaan taraf ekonomi semakin meluas walaupun peningkatan KDNK per kapita, jelas laporan itu.

“Kelantan, Kedah, Perlis dan Sabah yang didominasi sektor tradisional, mencatatkan jurang ketara berbanding purata kadar KDNK negara sebanyak RM42,228 (KDNK per kapita) pada 2017.”

Jurang yang paling ketara adalah Kelantan yang mencatatkan 67.8% di bawah purata KDNK negara, manakala jurang antara negeri pantai Timur dan KL meningkat sebanyak 8.2 kali ganda pada 2017 berbanding 7.9 kali ganda pada 2015.

Status berpendapatan tinggi tidak akan tercapai

Kajian itu menjelaskan walaupun Malaysia mencatatkan pertumbuhan sederhana bagi tempoh dua tahun lalu di sebalik cabaran luar pada 2016, berkemungkinan besar negara ini tidak akan melepasi status negara berpendapatan sederhana menjelang 2020.

“KDNKK secara jelas naik pada kadar purata 5.1% (2016 dan 2017) manakala pendapatan negara per kapita meningkat pada kadar purata 6.7% daripada RM36,119 (2015) kepada RM41,093 (2017),” kata laporan kajian itu yang disiarkan hari ini.

“Dari segi kuasa membeli, GNI per kapita Malaysia mencapai AS$28,650 (RM119,172.54) seperti yang dianggarkan oleh Bank Dunia, meletakkannya pada carta 25% teratas daripada 217 negara,” kata laporan itu.

“Berdasarkan pertumbuhan semasa, sasaran untuk menjadi negara ekonomi berpendapatan tinggi dijangka dapat dicapai selepas 2020.” – 18 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen