Speaker tidak dimaklumkan tentang larangan merokok


Asila Jalil

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata speaker Dewan Rakyat tidak dimaklumkan tentang penguatkuasaan larangan merokok. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 18 Oktober, 2018.

SPEAKER Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof tidak dimaklumkan tentang larangan merokok yang berkuat kuasa pada Isnin.

Menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal Parlimen, Liew Vui Keong berkata speaker adalah individu yang terlepas pandang tentang Parlimen dan membuat keputusan berdasarkan kepada apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di bangunan itu.

“Saya faham speaker tidak dimaklumkan tentang notis itu dan pelaksanaan larangan merokok,” katanya, menambah yang beliau juga tidak diberitahu tentang perkara itu.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan bahawa Parlimen diisytiharkan sebagai zon larangan merokok yang berkuat kuasa mulai Isnin.

Zon merokok yang disediakan dan kawasan makan di bangunan itu diisytiharkan sebagai bebas merokok.

Liew turut menasihati kementerian itu supaya melakukan kunjungan hormat kepada speaker untuk memaklumkan tentang niat mereka mengenakan larangan merokok di bangunan itu.

Setakat hari ini, lapan orang didenda kerana merokok di bangunan itu, antaranya ialah seorang ahli Parlimen.

Kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. – 18 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen