Sabah bukan penentu keputusan pemilihan parti, kata ketua PKR negeri


Jason Santos

KETUA PKR Sabah Christina Liew tidak beranggapkan negeri itu akan menjadi penentu dalam penentuan sesi pemilihan parti yang sedang berlangsung di beberapa negeri di seluruh negara.

Katanya ramalan itu masih terlalu awal kerana pusingan terakhir sesi pemilihan akan diadakan di Sarawak pada bulan depan.

Bagaimanapun katanya, jika pemilihan kali ini ditentukan dengan jumlah pengundi, Sabah akan mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan memandangkan negeri itu memiliki jumlah kedua tertinggi keahlian di seluruh negara selepas Selangor yang mempunyai 220,000 ahli.

“Kita memiliki 145,639 ahli di Sabah dan yang terbesar di Timur Malaysia jika dibandingkan dengan Sarawak.

“Sama ada Sabah akan menjadi penentu, lebih baik ahli PKR sendiri yang menentukannya tetapi pada pandangan saya, Sarawak yang akan menjadi penentu. Jadi Sabah bukan penentu dalam pemilihan kali ini.

“Namun kami juga boleh menunjukkan keputusan awal pemilihan apabila tiba giliran Sabah untuk mengundi,” katanya.

Sesi pemilihan PKR di Sabah akan berlangsung pada 3 November depan. – 18 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen