Rakyat Syria yang tinggal di klia2 sepatutnya diberi status pelarian


Noel Achariam

Hassan al Kontar tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 sejak Mac ditahan dua minggu lalu dan akan dihantar pulang ke negara asalnya dalam masa dua hari. – Gambar Facebook, 17 Oktober, 2018.

PUTRAJAYA seharusnya memberi rakyat Syria Hassan Al Kontar, yang tinggal di lapangan terbang selama hampir lapan bulan, status pelarian kerana beliau adalah pencari suaka, kata jawatankuasa Majlis Peguam mengenai pelarian.

Kerajaan harus membantu ke negara ketiga walaupun beliau enggan tinggal di Malaysia, kata M. Ramachelvam yang mengetuai Jawatankuasa hal Ehwal Imigresen, Pelarian dan Migran (MRIAC).

“Langkah pertama ialah beliau harus menerima suaka ketika menunggu penempatannya barunya.

“Bagaimanapun, hak untuk memberikan status pelarian terpulang kepada pihak berkuasa Kanada.

“Sekiranya Kanada sanggup, kita boleh menghantarnya ke sana,” kata pengerusi MRIAC di luar Rundingan Kebangsaan mengenai Rangka Kerja Dasar Komprehensif untuk Pekerja Migran di Kuala Lumpur hari ini.

Hassan, 37, yang tinggal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak Mac ditahan dua minggu lalu dan akan dihantar pulang ke negara asalnya dalam masa dua hari.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman berkata langkah itu perlu diambil selepas Hassan menolak tawaran untuk tinggal di beberapa negara Asean yang bersedia menerimanya kerana beliau hanya mahu tinggal di Kanada.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Kanada berkata beliau hanya boleh memasuki negara ini dua tahun dari sekarang. – 17 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen