Harga rokok dijangka naik hujung bulan ini


Yasmin Ramlan

Harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat mana-mana cukai dinaikkan berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. – Gambar EPA, 16 Oktober, 2018.

HARGA jualan runcit bagi semua rokok akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu iaitu dijangka hujung bulan ini.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefli Ahmad berkata, harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat mana-mana cukai dinaikkan berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Oleh itu, pihaknya berkata Kementerian Kesihatan kini sedang menyelaraskan kelulusan harga rokok terkini.

“Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan.

“Di bawah Peraturan A, harga perlu dinaikkan daripada harga yang terikat ketika ini,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mengisytiharkan semua restoran termasuk gerai dan warung di tepi jalan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Januari 2019. – 16 Oktober, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen