Pembangunan modal insan cara terbaik tangani ketidaksamaan, kata laporan


Bede Hong

Bukan mengenai di mana anda dilahirkan. Ia adalah modal insan, kata Ketua Ahli Ekonomi Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) Allen Ng. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 15 Oktober, 2018.

JALAN keluar dari ketidaksamaan pendapatan adalah pembangunan modal insan, kata Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada pelancaran laporan “Laporan Keadaan Isi Rumah 2018: Realiti Berbeza” hari ini.

“Bukan mengenai di mana anda dilahirkan. Ia adalah modal insan. Mesej pentingnya ialah pelaburan di dalam diri kita,” kata Ketua Ahli Ekonomi KRI dan penulis utama laporan, Allen Ng.

“Penyama paling penting dalam menangani ketidaksamaan ialah modal insan. Saya sudah sebut berulang kali tetapi itulah kebenarannya,” kata beliau.

Hadir sama pada pelancaran tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif KRI Hisham Hamdan, Pengarah Urusan  Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah Penyelidikan Suraya Ismail.

Laporan itu mendapati walaupun kadar kemiskinan menurun, kemiskinan relatif masih lagi menular.

Meskipun kemiskinan tegar kian menurun, namun dianggarkan kira-kira tiga juta isi rumah masih hidup dalam kemiskinan relatif. Jumlahnya kian meningkat sekitar sejuta pada 2016, berbanding dua juta pada tahun 1990-an.

“Di seluruh dunia, anda mungkin fikir ketidaksamaan adalah dalam bentuk kekayaan fizikal. Itu taidak benar. Berdasarkan angka terkini dari Bank Dunia, ketidaksamaan sebenarnya dari modal insan. 

“Anda mungkin fikir sesetengah negara ada minyak dan sesetengahnya pula tidak, maka itu tidak sama.  Kami dapati jika anda modal insan tidak dimanfaat dan ditingkatkan, seperti melabur dalam bidang pendidikan dan kesihatan, ia akan memburukkan lagi ketidaksamaan (pendapatan),” ujar beliau. – 15 Oktober, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen