PERTIKAIAN perdagangan antara kuasa besar dunia China dan Amerika Syarikat tidak memberi impak signifikan kepada Malaysia, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, Putrajaya tidak terlibat dalam krisis perdagangan itu.
“Dasar kita adalah tidak campur tangan dalam mana-mana perang. Kita bukan sebahagian daripada perang (perdagangan) ini.
“Kita sedar ia mungkin memberi kesan kepada kita, tetapi buat masa ini, impaknya tidak signifikan. Kita akan teruskan perdagangan dengan kedua-dua negara.
“Namun sekiranya ada impak, kita berharap AS pindahkan pelaburannya ke Malaysia, jika negara memutuskan untuk keluar dari China. Munkin kita adakelebihan daripadanya,” katanya kepada Dewan Rakyat pagi ini.
Dr Mahathir berkata demikian menjawab soalan daripada Annuar Musa (BN-Ketereh) yang bertanya mengenai pendirian Malaysia terhadap pertikaian perdagangan antara AS dan China pada sesi soal jawab. – 15 Oktober, 2018
MENYUSUL LAGI.
Komen