Rakyat Malaysia bazir 3 tahun persekolahan kerana kurang kualiti, menurut laporan


Bede Hong

Walaupun rakyat Malaysia menerima 12 tahun persekolahan, pelajar Malaysia hanya menerima pendidikan selama 9 tahun selepas menyesuaikan diri dengan kualiti pendidikan, menurut laporan itu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2018

MALAYSIA perlu meningkatkan kualiti pendidikannya sekiranya mahu melangkah menjadi negara berpendapatan tinggi dengan pengetahuan berasaskan ekonomi, kata Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) dalam laporannya  ‘The State of Households 2018: Different Realities’ yang diterbitkan hari ini. 

Pembangunan modal indan di negara ini  – yang mana 20% perbelanjaan kerajaan disalurkan kepada pendidikan  – “mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan”, menurut laporan itu. 

“Walaupun rakyat Malaysia menerima 12 tahun persekolahan, pelajar Malaysia hanya menerima pendidikan selama 9 tahun selepas menyesuaikan diri dengan kualiti pendidikan,” katanya. 

“Isu utama meningkatkan kualiti modal insan di negara ini adalah yang paling utama, kerana perubahan kepada negara berpendapatan tinggi memerlukan tahap modal insan yang terus meningkatkan produktiviti, mengekalkan oertumbuhan dan mampu mencipta atau menggunakan kelebihan teknologi berbanding digantikan olehnya.”

Selain pengetahuan dan modal manusia, penyediaan infrastruktur dan fasilitas modern juga diperlukan, kata laporan itu.

KRI juga berkata sementara inovasi menjadi pemacu utama produktiviti dan pertumpahan pendapatan jangka panjang, Malaysia membelanjakan sumbernya dalam jumlah yang kecil untuk penyelidikan, mendedikdasikan hanya 1.1% keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada aktiviti R&D pada 2016. 

“Dalam kes keusahawanan, usahawan Malaysia walaupun melihat keadaan lebih mudah untuk menubuhkan perniagaan, secara amnya tidak berinovasi,” kata laporan itu.

Ia menyedari bahawa pengetahuan teknikal ekonomi Malaysia dan pelbagai produk yang dihasilkannya semakin meningkat sejak tahun 1960-an, walaupun dengan pertumbuhan yang lebih perlahan selepas tahun 2000.

KRI berkata beberapa faktor boleh mengancam ekonomi Malaysia dan kesejahteraan rakyatnya, termasuk pelbagai trend global dan domestik mulai dari gangguan teknologi kepada perubahan dalam landskap ekonomi dan geopolitik global.

“Memandangkan hakikat bahawa sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan, dan bukannya bertindak balas kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku, strategi terbaik untuk Malaysia sebaliknya, adalah untuk membina dan membangunkan asas-asas teras kita,” kata laporan itu.

Asas-asas ini termasuk keterbukaan, pembangunan modal insan, ketangkasan ekonomi, pertumbuhan inklusif, dan kestabilan makroekonomi.

Peningkatan ekonomi pada masa lalu juga berpadanan dengan peningkatan am dalam kesejahteraan rakyat Malaysia dan ini dapat diperhatikan melalui penunjuk seperti peningkatan jangka hayat, kadar kematian yang lebih rendah untuk kanak-kanak dan peningkatan akses kepada kemudahan utiliti. – 15 Oktober, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen